Tanggal 16 Mei tahun ini jatuh pada hari Ahad. Maka, secara rasmi, sambutan hari guru peringkat sekolah akan dilaksanakan pada hari berikutnya, Isnin 17 Mei bersamaan 3 Jamadil Akhir 1431. Kali ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan aktiviti gotong-royong sebagai menandakan bermulanya perayaan hari guru di semua sekolah.
Seperti biasa sesuatu idea pembaharuan tidak terlepas daripada cakap-cakap, gosip, hujah dialektik atau perbualan tidak rasmi. Dalam ruangan forum pembaca sebuah akhbar harian telah pun ada pendapat yang mengatakan aktiviti gotong-royong itu patut dikaji semula justeru diumpamakan sebagai "penderaan" kepada kaum guru menjelang hari istimewa mereka. Pendek kata, guru harus dibiarkan bersenang-lenang sedikit menjelang sambutan setahun sekali itu.


Reply With Quote


Bookmarks